SUMBER UTUSAN MALAYSIA
GENTING HIGHLANDS 17 Julai – Mayat enam krew bersama bangkai helikopter Nuri yang hilang sejak Jumaat lalu, ditemui di hutan tebal Gunung Bunga Buah tidak jauh dari terowong Genting Sempah di sini, petang ini. Kesemua mayat ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) darat pada pukul 1.24 petang itu masih sempurna dan berada di kedudukan masing-masing dalam helikopter itu. Pasukan SAR menemui kesukaran untuk membawa keluar mayat mangsa kerana keadaan hutan tebal dan operasi udara terpaksa dihentikan pukul 7.45 malam. Bagaimanapun, difahamkan operasi darat tetap diteruskan dan pasukan komando telah dikerahkan untuk mencari jalan bagi membawa jenazah keluar pada malam ini. Mereka yang terkorban ialah juruterbang Kapten Nor Azlan Termuzi, 29, pembantu juruterbang Kapten Nor Intan Asykeen Mohd. Arof, 27; Flait Sarjan Khusnizaim Ariffin (kuarter master udara), 34; Flait Sarjan Mohd. Azmie Md. Yassin, 35; Laskar Udara Kanan Saifulizam Alias, 28, dan Laskar Muhammad Ridzuan Ahmad, 27.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbarnya di ibu negara berkata, nahas itu dipercayai berpunca daripada faktor cuaca buruk. “Laporan awal menunjukkan cuaca buruk adalah faktor terbesar yang menyebabkan nahas helikopter itu,” katanya yang juga Menteri Pertahanan dan turut merakamkan takziah kepada keluarga mangsa.
Ketika bangkai helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu ditemui, tiada tanda-tanda ia meletup namun kepala pesawat tertanam di dalam tanah dipercayai menjunam ketika terhempas sementara ekornya patah serta tersangkut pada pokok.
Kipas helikopter pula tertanggal dari badan pesawat dan difahamkan sehingga kini ia belum ditemui. Bangkai helikopter dan mayat krew terbabit ditemui sepasukan anggota Batalion Ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), 10 Briged Para yang ditugaskan melaksanakan operasi SAR di kawasan tersebut. Lokasi penemuan itu ialah pada ketinggian 610 meter (2,000 kaki) di tenggara Gunung Bunga Buah, atau lima kilometer ke barat laut dari sebelah kiri terowong Genting Sempah dan dua batu nautika ke barat daya Awana. Helikopter berjaya ditemui genap 100 jam selepas ia berlepas dari Pangkalan Udara Kuala Lumpur di Sungai Besi pukul 9.25 pagi Jumaat lalu menuju Pangkalan Udara Kuantan. Ia terputus komunikasi dengan menara kawalan pangkalan tersebut selepas kali terakhir memberi laporan kedudukannya iaitu berada di ruang udara Batu Caves pada pukul 9.35 pagi.
Satu minit kemudian, seorang penumpang helikopter itu menghubungi menara berkenaan menggunakan telefon bimbit tetapi terputus sebelum panggilan dikesan dibuat dari menara pemancar Maxis di pencawang Kilometer 36.5, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak.
Dalam pada itu, operasi menghantar pasukan komando dan penyiasat untuk mengeluarkan mayat-mayat krew Nuri terbabit berhadapan kesukaran apabila pesawat-pesawat pengangkut gagal mendarat ekoran ketiadaan kawasan lapang. Malah hutan yang terlalu curam menyebabkan anggota pasukan itu hanya boleh diturunkan kira-kira dua kilometer dari lokasi penemuan mayat-mayat mangsa dan bangkai helikopter itu pada kira-kira pukul 6.20 petang. Dua helikopter Nuri digunakan untuk membawa 16 Pasukan Khas Udara (Paskau) manakala sebuah helikopter MI 171 milik Jabatan Bomba dan Penyelamat membawa empat pegawai Lembaga Penyiasat TUDM dan sembilan pasukan SAR jabatan itu.
Tembakan bom asap terpaksa dilepaskan pada pukul 7.35 malam sebanyak tiga kali setiap lima minit untuk membolehkan pesawat penyelamat mengetahui kedudukan sasaran.
Kesemua anggota Paskau turut diarahkan membina pendaratan helikopter untuk memudahkan operasi membawa keluar mangsa.
Terdahulu, bermula pukul 7 pagi ini, operasi mencari mangsa dijalankan dengan melibatkan keseluruhan 1,386 anggota SAR di darat dan melibatkan 15 pesawat.
Berderau darah aku bila baca message yani dalam YM petang semalam. Pemergian mereka membuat aku sayu, walaupun mereka bukan ahli keluarga aku. sebagai saudara sesama islam dan peranan mereka aku rasa sebak. dalam masa yang sama aku rasa, kecewa dengan komen Dr Megat masa kelas hari ahad hari yang kata kawasan tu bukan macam kat sarawak yang kejadian di Ba'kalalan. Aduh pedihnyer, begitu rupanya anggapan mudah orang terhadap kejadian ni. Bila dah ada kat hutan, apa2 pun boleh berlaku, kita perlu pandang dari sudut kawasan, helly tu sendiri dan keadaan cuaca masa tu. takpelah kalau dah pemikiran dia mcm tu. Malam tadi, hubby call bagi tahu yang dia baru balik dari rumah arwah kapt nor intan bagi tau perkembangan. Kepada semua keluarga yang terlibat, pengorbanan ini amat besar. disedekahkan AL-FATIHAH, SEMOGA KESEMUA MANGSA NAHAS DITEMPATKAN DIKALANGAN MEREKA2 YANG BERIMAN.
just another mommy blog to share about Anything, Everything, and Nothing at all
Wednesday, July 18, 2007
Tuesday, July 17, 2007
new semester
bila masuk sem baru, aku dah buat resolusi.....this sem nak tambahkan usaha utk kerja keras...dah sem 6, bukan macam dulu lagi...tinggal lagi 4 sem nak habis. hari jumaat pegi ambil result, alhamdullillah....cemerlang jugak. semuanya berjalan lancar...ada peningkatan daripada yang lepas...thanks to husband, especially tang bayarkan yuran...dengan ucapan "tolong bayarkan yuran utk sem 8 & 9 yer". Emak bapak yang sentiasa mendoakan kejayaan anak2nyer. Affan yang sentiasa memahami with saying "good luck mama!"....adik beradik yang selalu tolong jaga affan bila aku pegi kelas..kawan2 especially yang selalu bagi semangat....kalau takde kawan cam iza, aku sendiri pun hanyut agaknyer..bila kita ada kawan yang sentiasa update, eager and so on, automatik kita takkan nak buat selamber jer...malu ooooo...so akupun turutlah termotivasi nak buat sungguh2 assignment....result subjek pakngah aku dah agak dpt berapa. cuma aku rasa aku dah buat the best utk assignment dia, entahlah....need to improve my research la kot.
this sem, subject susah2 jugak - esp translation, ingat nak mintak examptions....tapi teringin jugak nak belajar dengan lecturer ni...dulu dia student 1st class. class muati- paling excited sebab masa nilah kita nak belajar psikologi..tambah2 affan selalu psikologikan mama. subject Dr Megat dasyat jugak...project lagi, kena lah simpan2 duit nak pegi buat projek... dalam hidup aku tak pernah lagi belajar agriculture & human........waarrggh susah jugak, tapi takpelah.....aku kena sahut cabaran ni.....
dalam kepala dah terfikir nak buat, teknologi maklumat dalam pembelajaran, good agriculture practise, dengan kaedah penterjemahan. then sem ni tak nak lagi mula buat di saat2 akhir.
"All great achievements require time."
Maya Angelou
"So no matter what comes your way today,
tomorrow,
next week,
or next year for that matter
understand that you have in you
what it takes to overcome it... " Josh Hinds from Don't Give Up Just Shy of Your Dreams
Friday, July 13, 2007
affan main kat padang
demam TRANSFORMERS again!
pagi tu affan susah nak bangun....dia kata nak tido lagi..tapi kena paksa jugak..i nak bawak tgk transformers. bila lagi nak bawah dia..kalau tak hari sabtu dengan ahad. sampai kat midvalley pukul 10pg..kira2 macam aku yang bukak kedai. punyerlah ramai org yang dah beratur. affan really excited tengok poster2 tranformers. padahal dia tak faham sangat pun..transformers ni kan hidup masa aku kecik2...dah banyak version pun. penat jugak abg berdiri nak beli tiket.......dapat jugak pukul 11pg, tempat duduk tengah2. macam real jer..padahal dah tahu dah benda ni rekaan semata2. senangnyer aku kena kelentong dengan matsaleh! anyway, what to do, anak nak tengok. tinggal minggu ni jer la aku nak bawak dia jalan. minggu depan dah start kelas balik.
tak boleh diam affan tengok transformers tu berlawan....
budak2 kalau tengok movie paling lama bertahan pun 2 jam, lebih dari tu...memang dah mula mengantuk, nak tertidur....letih aku memujuk affan bangun...sebab dia dah tertidor masa part2 terakhir. aku sendiri pun rasa puas, dapat jugak mama bawak affan jalan minggu ni.
to my lovely husband, thanks sebab balik minggu lepas. minggu ni u tak balik takpe...i dah mula kelas, sian pulak dengan u nanti kena jaga anak, tapi kalau u balik lagi i suka!
Thursday, July 12, 2007
ADAKAH CINTA MEMERLUKAN SEBAB?
my classmate hantar cerita ni, aku ni kan cepat tersentuk...waarrggghhh.
love to share with you all.
tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :
"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."
apa moral dari cite ni?

Tuesday, July 10, 2007
just to share, my friend sent me this
HATI DAN PERASAAN
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk
melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk
memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Monday, July 9, 2007
my wish list
agak2 ada 3 bulan lagi nak birthday. nak mintak dengan hubby kadang2 malu ler...manalah tau dia tengok blog ni at least dia ada idea nak bagi apa birhtday kali ni.....tambah2 perempuan kadang2 banyak permintaan, ini antara yang paling aku nak... (honey, pilih satu jer...dua pun boleh!)
1. nokia Nseries...n73 ye.
2. digital camera ...ganti yang hilang tu..nak sony atau olympus .
3. rantai emas...hehehehh, sebab belum penah ada.
4. jam titus, color bronze..ade batu permata....
5. shopping sakan, especially nak beli baju kerja...
tq papa.
BEST LIFE TIPS
artikel ni baca dalam mingguan wanita bulan februari 2007, dr rozieta shaari tulis tentang ubah corak pemikiran untuk cemerlang. just to share with all you u, nak taip semua rasanya penatlah jugak...hehehe (dah wujud perasaan malas), kesimpulannyer, corak pemikiran yang mencorakkan kita. please read this:
"berhati2lah dengan corak pemikiran kamu.
kerana ia akan menjadi perkataaan kamu.
Berhati2lah dengan perkataan kamu.
kerana ia akan menjadi perbuatan kamu.
Berhati2lah dengan perbuatan kamu.
kerana ia akan menjadi tabiat kamu.
Berhati2lah dengan tabiat kamu.
kerana ia akan menjadi karakter kamu.
Berhati2lah terhadap karakter kamu, kerana ia
menentukan destinasi kamu, kebahagiaan atau kesengsaraan."
especially to myself, banyak 'peel' i yang nak kena ubah, especially tang celupar.
so, good luck!
Thursday, July 5, 2007
HONEY, I'M PROUD OF YOU
i'm eager to serve the country sir!
masa husband kata nak ambik exam nak pegi course pilot, hati berkobar2, beri semangat yang tak berbelah bagi. Tapi, bila dah duduk berasingan...mak ai, rupa2nye akulah orang yang paling tak bersedia....paling tak bersedia bila anak sakit, suami takde...kena uruskan sorang2...waaarrrrggghhh, macam lah aku nangis orang nak dengar..orang lain pun ade masalah.... anyway, bila duduk berasingan ni, makan dah lain2, cakap sikit je kecik hati, merajuk, dalam kata lain emosi lebih! Padahal bukannyer tak tahu yang hubby pergi sebab tugas, dulu aku jugak nak kawin dengan askar!. Rasa sunyi, kira macam burung kehilangan sayap.
anyway, ini lah ruyung dah dipecahkan, tapi banyak lagi ruyung2 yang perlu dipecahkan. then inilah harga yang perlu dibayar untuk tingkatkan taraf hidup.
to my hubby,
"My love for you is a journey; Starting at forever, And ending at never."
demam TRANSFORMERS
aku rasa dah 7 hari transformers ditayangkan, affan dah ajak mama pegi tengok tapi belum ada masa lagi...hari ini agaknya dia memang dah marah ker, merajuk ker, aku sendiri pun tak faham. dia taknak pegi apple&nut, taknak minum, taknak sarapan, asyik kata mama dengan papa asyik kerja jer!...warrrgh mama pulak rasa nak nangis....oh anakku! dia dah faham aku sekarang ni busy.....kalau pergi berdua dengan affan takde papa memang tak seronok...balik ke tak balik suami ku minggu ni?.... sekarang ni bila affan dah rajin nak bukak buku, menulis, color2 gambar dengan main puzzle mama pulak yang sibuk.......masa mama nak ajar dia pulak tak nak...ini lah cabarannnyer....
wahai suami, besar harapan ku semoga papa boleh balik minggu ni......boleh la kita bawak AFFAN pegi tengok TRANSFORMERS....dah lama kita tak berjalan bertiga2..minggu ni lagi pun dah mula kelas........aku akan bertambah sibuk.
Wednesday, July 4, 2007
to all my friend....
* You gain strength, courage and confidence by every experience in which you really stop to look fear in the face. You are able to say to yourself, "I lived through this horror. I can take the next thing that comes along." . . . You must do the thing you think you cannot do.
Eleanor Roosevelt
Eleanor Roosevelt
PRISON BREAK
Went to work at 730 am. Where it was yet another boring day at work…ish orang lain tak boring aku dah boring, padahal bos baru jer masuk..balik dari jakarta. Dalam boring2 pun siap jugak minit2 yang patut siap. I left office at 5.30 pm and came home. tengah layan2 affan, terfikir jugak "what are my plans for the rest of the night? Plans dari pagi tadi nak tunggu prison break at 9pm, tapi mata dah ngantuk!!! Tapi tahan jer ngantuk….makin suspend cite ni….tension nyer aku. cite ni kadang tak leh aku nak percaya, tapi seronok! yang aku heran tu bijak nyer scofield. syahdu woo tengok abg sendiri nak kena gantung!
25 PESANAN LUKMANUL HAKIM PADA ANAKNYA
01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
02 - orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.
03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu
hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibatyang berbahaya.
11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu
kepada kesenangan duniawi sahaja.
12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orangorang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak
demikian, maka berhati hatilah.
17 - Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.
23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.
Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
"bermanfaat utk kita...

apple & nut sports day
Subscribe to:
Posts (Atom)