Tuesday, September 30, 2008

SALAM AIDILFITRI


esok dah raya......affan dah asyik tanya bila nak pegi penang....nak buat cam mana, mama dia still kerja, sebab cuti tak banyak then nanti nak simpan gak cuti utk akhir tahun....manalah tau kot2 ade rezeki nak berjalan. this year nak raya kat butterworth since husband tak cuti raya ni, insyaallah balik ipoh jap jenguk mak & ayah mertua.....lepas tu kenala temankan hubby kat mes, sambil2 buat asignment yg berbaki.....yang paling best, hubby akan cuti lama lepas raya ni, dapatlah dia temankan isteri dia ni yg konon2nya yang study utk final exam lepas raya ni.....sambil melayan si affan.

cepat betul masa berlalu time puasa ni, tup tup dah 30 hari.......affan pulak siap kata "kena puasa lama2.....puasa ada lagi seminggu la mama"....hehhehehe, bagus gak kalo dia nak puasa raya nanti, leh temankan mama.....

malam tadi terbaca ni dlm harakah daily, so meh kita kongsi....
Bagi mengekalkan kelangsungan amal ibadat serta hubungan intim dengan Maha Pencipta, adalah disarankan agar saudara/saudari memastikan beberapa panduan di bawah ini:

1) Paling penting yang perlu anda lakukan sebelum yang lain, memohon pertolongan Allah SWT agar terus memberikan hidayat-Nya, menetapkan iman pada jalan agama-Nya serta memperkasa diri dengan ilmu pengetahuan agama.
2) Kekalkan amalan takwa yang digarap ketika melaksanakan ibadat puasa di bulan Ramadan walaupun menjangkau bulan Syawal sebagai bekalan setahun untuk Ramadan akan datang.
3) Perbanyakkan beramal dengan amalan-amalan sunat yang dilakukan pada bulan Ramadan untuk kelangsungan di bulan Syawal dan seterusnya seperti solat-solat sunat, puasa-puasa sunat, banyak berdoa.
4) Banyak bergaul dengan golongan para Solihin seperti majlis zikir, nasihat, kaunseling dan tazkirah.
5) Memperdalami maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai sejarah kehidupan para Anbiya’, Nabi Muhammad s.a.w., para sahabat, tokoh-tokoh sarjana Islam terkemuka dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan yang pernah melonjakkan Islam, sama ada melalui pembacaan, mendengar kuliah atau cakera padat, kaset agama dan sebagainya.
6) Memperbanyakkan mendengar kuliah-kuliah fardu ‘Ain di masjid atau surau secara langsung ataupun kaset dan cakera padat (sebagai bahan rujukan tambahan).
7) Memelihara tuntutan ibadat khusus seperti solat lima waktu, mengqada’ puasa yang tertinggal kerana sakit, musafir atau uzur syari’e, kerana ia amat dituntut untuk dilakukan segera.
8) Memelihara amalan-amalan sunat seperti puasa enam hari di bulan syawal, bersedekah, menziarahi sanak-saudara, jiran tetangga, sahabat-handai dan lain-lain.
9) Membaca al-Quran, bermula dengan menghafaz surah-surah pendek dan menghafaz ayat-ayat penting sebagai pendiding diri seperti ayat kursi, surah al-Mulk, Yasin dan lain-lain.
10) Memperbanyak zikir dan wirid, terutamanya zikir Ma’thurat susunan Imam Syahid Hasan al-Banna.
11) Menjauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh merosakkan hati, sama ada bergaul dengan golongan maksiat, menonton filem lucah, membaca majalah-majalah yang boleh melalaikan seperti hiburan dan lain-lain, mendengar muzik yang melalaikan dan banyak lagi.
12) Bertaubat lah kepada Allah SWT dengan kadar segera dengan menyesali apa yang telah dilakukan yang menyalahi hukum syarak dan berazam tidak akan mengulanginya pada masa-masa akan datang.
13) Berhenti dari merokok terutamanya jenama rokok milik Zionis Israel, Amerika dan Britain yang menghimpun dana bagi membeli senjata untuk membunuh saudara-saudara Islam di Palestin, Lubnan dan lain-lain.
14) Menyesali atas perbuatan menghadiri program-program maksiat seperti hiburan yang melalaikan atau sukan yang mengalang diri dari menunaikan solat lima waktu.
15) Gigih untuk meninggalkan segala tegahan dan larangan Allah serta Rasulullah s.a.w dan bersedia melakukan segala perintah dengan penuh rasa tanggungjawab dan pasrah kepada arahan kedua-duanya.
Janganlah jadi golongan yang hanya mengenali Allah SWT di bulan Ramadan semata-mata dengan amalan yang banyak, malah jadikanlah diri anda sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bertakwa sepanjang masa


ok...nak buat kerja lagi ni..krang tak siap plak.
buat keluarga, rakan2, jiran2 & sumer yg akan menyambut aidilfitri.

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN.
jemputlah datang rumah......


afiah imam supaat
airul ezri zulkefli
affan b. airul ezri

2 comments:

Anonymous said...

hello,first of all selamat hari raya. i came across your blog while googling for amal imam supaat. are you his sister by any chance?

emak affan said...

salam,
mmg benarlah amal imam supaat itu abg saya.