Monday, June 9, 2008

uji minda yang berunsur judi

Minggu lepas Celcom menawarkan 100 unit Toyota Camry 2.0E 1AZ-FE kepada pelanggan pasca bayar dan pra bayarnya menerusi peraduan 'Celcom 100 Hari 100 Kereta'. Setiap SMS yang dihantar dikenakan RM5, Celcom mempunyai 1.5 juta pelanggan pasca bayar dan 6.3 juta pelanggan pra bayar.

Bayangkan kalo cuma 10% jer pelanggan yang masuk peraduan ni?, celcom dah dpt 39m. itu bagi sehari!, kalau 10 hari? 390juta. celcom membelanjakan mungkin RM160juta utk sumer kereta toyota tu, sebenarnya celcom lagi untung dari kita yang masuk peraduan ni. (bukan ker RM50 lebih berharga daripada masuk peraduan mcm ni, yang belum tentu dpt kereta idaman tu)

Mereka dah tentu untung + akan bertambah2 bonus. At the same time, kita akan tambah bayar bil telefon RM50 sehari, tak ke macam berjudi? sebab kita belum tentu akan untung, dan mengharapkan peluang kita untuk dapatkan kereta.

Sama la juga dengan peraduan2 kat astro ria yang teka2 muka artis & sebagainya, yang buat time maghrib2 tu.

Lagipun kan majlis fatwa pernah haramkan peraduan mcm ni, Peraduan Kuiz Melalui SMS Berunsur Judi - Majlis Fatwa Kebangsaan jika disebut judi, ia bergantung kepada nasib, wang pertaruhan yang tidak menentu dan mengeksploitasi duit orang dan, yang mendapat keuntungan ialah orang tertentu dalam bilangan yang terhad sedangkan orang yang mengeluarkan wang tidak mendapat pulangan.

Kenapa timbul balik benda2 mcm ni, samada manusia ni mmg pelupa ataupun sengaja jer telco nak perangkap kita, semata2 nak tambah untung. (tipulah kalo bukan niat nak tambah untung, kalo setakat nak raikan pelanggan yang setia banyak lagi cara)

ataupun kita perlu kena letak amaran mcm kat kotak rokok utk peraduan spt ini..boleh gak tulis "umat islam diharamkan mengambil bahagian dalam peraduan ini"

Mmg ramai yang keliru, bila dah keliru carilah guru....apa guru kata?.."Peraduan 100 Hari 100 Kereta Haram"

0 comments: