read from husam musa.com Harga petrol dinaikkan RM0.78 seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa mulai esok. Ia merupakan kenaikan harga hampir 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.
baru jer minggu lepas dapat gaji, nampaknya duit nak simpan utk pegi bandung julai ni kenalah dijimat2kan lagi......Insyallah aku mampu berdepan dengan harga minyak macam ni walaupun ia akan membebankan, dan banyak perkara yang perlu dikurangkan lepas ni, kalau dulu RM50 boleh isi minyak utk seminggu, now ...? belum dpt dipastikan lagi.
kalau yang sempat isi minyak semalam esp keta wira, akan jimat dalam RM30++, that a lot, boleh beli ikan & sayur ......yang mengharukan smlm time isi minyak sebelah keta aku tu BMW 5 series, then adelah terselit belakang keta aku satu motor yang boleh aku kategorikan "motor lama @ buruk" yang aku kira mungkin dah 10 tahun lebih...isi minyak pun dptlah RM6.
Adakah kenaikan harga ni significant utk org2 yang kurang berkemampuan?.....yang hanya ada motor?, yang hanya kancil atau keta yang usia dah lebih 15tahun.....dengan pendapatan kurang dari RM1500.00? dan anaknya ada ramai....
sumer barang keperluan juga akan naik, mcm Pak Lah ngan Najib kata "ubah cara hidup".....itu mungkin relevan pada yang berkemampuan utk ubah cara hidup...yang ada simpanan...& ade duit utk bercuti, mcm mana yang belanja bulan yang cukup2 atau yang tak cukup serta takde wang simpanan?
Satu ofis aku dah sepakat nak masak nasik (beras boleh tong2 beli...) lauknya bawak dari rumah, yang saki baki masak malam....& from now on, kena amalkan cara hidup yang lebih sihat....
since minyak dah mahal, aku kena fikirkan balik sama ada nak teruskan bekerja atau aku nak berenti kerja ikut hubby ke butterworth. Harga tiket mesti naik punyer.
p/s: to my dear hubby, kalo pun harga tiket bas akan naik, jangan la jarang2 balik kajang, dah rindu benar ni.
just another mommy blog to share about Anything, Everything, and Nothing at all
Thursday, June 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment