Monday, April 7, 2008

bersediakah aku secara psikologi?

Seminggu bertahan ingatkan sakit perut biasa, kot2 la gastrik ker...masuk angin ker....masih terngiang2 apa yg doktor ckp, adakah emosi aku bersedia?.....ada yang kata, "ada lagi yang lebih teruk"..... kata seseorang ini "kalau dah Allah tentukan macam tu, kita nak buat macam mana"....benar! memang benar! apa lagi yang boleh dikatakan kalau seseorang dah kata begitu....... bila surf2 internet malam tadi, just to share with all of u, Endometriosis and psychology, tulisan Vicki O'Donnell.

Psychology is the study of mind and behaviour. These two are closely linked, because what we think, feel and believe influences how we behave. Within the traditional “biomedical” approach to health and illness, psychology had a very small role to play. This approach viewed mind and body as independent. Physical illness may have had psychological consequences, but a person’s psychological state was not considered to be related to the progression of illness. Treatments were therefore aimed at bringing about physical changes.

The current view, though, is that it is possible to have an interaction between mind and body in which the mental can affect the physical, and so psychology has begun to be included in an understanding of health. Based on what we already know from psychology, we can make some guesses about its role in endometriosis.
Endometriosis is associated with chronic pain, and there is a wealth of research into the psychology of pain. It is generally accepted that psychology influences how we perceive pain, in that psychological factors, not just physical ones, can influence the amount of pain we feel.

Endometriosis can have an effect on fertility. Infertility has psychological effects in terms of anxiety and stress, depression and self-esteem. Many women with endometriosis must cope with infertility as well as the disease itself.

We know that impotence can affect feelings of masculinity and sexual identity for men (Gannon et al, 2004). Because endo can cause pain on intercourse, women with the disease may have to cope with lack of sex or sexual pleasure. This may have significant effects on women’s feelings of sexuality and femininity.

So, as well as all of the aspects of psychology which are involved in any illness, endometriosis presents a unique set of possible psychological issues to be taken into account in our understanding of the disease. We should begin, though, by exploring a bit of what we already know of the psychology of health and illness.

Health Psychology suggests that we should think about human beings as complex systems, and that health and illness should not be viewed as having a single causal factor (Ogden, 2000). Within Health Psychology, individuals are not viewed as passive victims of illness, but as participants in illness. Therefore, the whole person should be treated, not just the physical.

Within Health Psychology, health and illness exist on a continuum. At any given time we can place ourselves somewhere on that continuum. People progress from healthiness towards illness and back again. This is relevant to endometriosis because its cyclical nature means that we can move from being very ill, to potentially being quite well, on a monthly basis. In other diseases, the cycles of health and illness are often spread over longer periods. Health Psychology emphasises an understanding of our subjective experience of illness. Understanding the role that psychological factors play in our illness could help us to alleviate psychological symptoms which themselves exacerbate our physical symptoms.

If we ask different people “What does it mean to be ill?”, we discover great differences in their answers (eg. Lau, 1995). Each of us defines health and illness differently. These definitions stem from a set of underlying beliefs that each of us hold, and which give us a framework for understanding and coping with illness.
One set of beliefs that people have about illness relate to identity – its name and its symptoms. Some people might have difficulty in understanding that someone is ill, when there is no recognised name for their symptoms. With endometriosis, women often tolerate years of symptoms and misdiagnosis before finally discovering what is wrong with them. During that time we often encounter people who are unsympathetic to our situation because we do not yet have a name for it. In fact, we often encounter the same lack of sympathy even after diagnosis because the majority of people have never heard of endometriosis.

There is no right or wrong set of beliefs to have, and everyone is different. But it’s important to try and recognise what our own beliefs are. We should question whether those beliefs are valid or not, whether or not they are actually helping us to deal with our illness, because they do affect our behaviour.

to read more, click here THE IMPORTANCE OF POSITVE REINTEPRETATION

Monday, March 24, 2008

adakah kerana terlalu sibuk?



sem baru datang lagi....this time i'm going very busy with assignment & project...especially on videografi...

"assalamualaikum"
"waaalaikumsalam, mama! mama dah habis kelas?"
"dah sayang....affan sihat?, dah makan ker?...lepas solat ni karang kita balik yer..." he actually refused nak balik kajang, (i know him....)sambil memeluk si anak yang dirindui.
" mama nak tahu apa affan buat hari ni?" kata emak si ibu
"affan buat apa?"
"dia ngompol kat tilam embah..." kata ibu ku
"lor! kenapa affan tak cepat2 pegi toilet?"
dia diam je...tak menjawab soalan aku....
" you supposed she-she kat toilet kan?.."
dia masih diam...hari berkata "lain macam jer budak ni"...

lepas solat

"jom kita balik, nanti kat rumah kita sambung tengok tv..."
si ibu memang penat sangat....dengan lapar nyer....si anak masih berdiam & tak nak bergerak dari depan tv....akhirnya mengalah jugak, sebab dipujuk ada surprise for him kat rumah nanti.

dalam kereta, si ibu cuba berborak dengan anak teruna yang satu itu..
"apa yang affan buat hari ni?.....main puzzle transformers tak? "
dia memandang si ibu dan menarik muka...
" kenapa affan masam muka dengan mama?...affan lapar tak? kita beli pizza nak?
Dia masih memasamkan muka. Bila diusap2 belakang nya, aku rasa dia nak nangis ....betulla dia nangis..
"mama takde, papa takde, affan tinggal sorang jer.." dia terus menangis
Tersentap hati si ibu dengan kata-kata anaknya...
malam itu, sambil memeluk anaknya, si ibu berkata " mama kesian dengan affan, mama dengan papa pun tak nak tinggal-tinggalkan affan, tinggal sikit jer mama habis kelas...6 bulan jer lagi. (mcm la dia faham 6 bulan tu lama mana)
si anak berkata "affan nak papa. affan nak mama....papa hantar affan pegi sekolah"...
agaknya apa yang boleh si ibu katakan? melainkan "affan tido dulu, esok pagi nak bangun awal pegi sekolah"

si ibu berkata dalam hati "duhai anak, tidurlah dengan lena. Ketemulah papa dalam mimpi moga hilang rindu."

Tuesday, March 18, 2008

Quick Success Tips

dipetik dari TheStar

live with positive values
winners live by positive virtues. adhering to a strong code of values wil make your life productive and fulfilling. Know what's right and wrong. used these standards of behaviour everyday in you day business.

stay humble
not only is gratitude good for the soul, its perhaps the most vital lesson of success. no one gets very far without others to help.

learn to laugh
maintain a sense of humour. Humuor cleanses the spirit and lightness your burdens. Life shouldn't always be a serious traits.

Get to know yourself
Take some time to evaluate yourself. do an interest inventory or personality test and determine your aptitudes and abilities, strengths and weaknesses, interest areas, likes and dislikes, work environment preferences, stress factors and personality traits.

Tuesday, February 19, 2008

Ufuk Minda: Kerap bersoal 'mengapa' bimbing anak mengenal hikmah


dipetik dari tulisan Dr Sidek Baba, berita harian 19 Februari 2008


GENERASI muda memerlukan pendekatan bersepadu dalam membangun kecemerlangan ilmu dan watak. Zaman kritikal pembentukan kesantunan dan adab anak ialah daripada hari pertama lahirnya hingga akil baligh perlu didekati dengan bijaksana menerusi teladan.

Institusi keluarga adalah asas bagi membangunkan generasi. Ibu bapa sewajarnya mempunyai ilmu dan kemahiran asas bagaimana pendidikan harus berlaku pada masa kini. Ketrampilan komunikasi dan kaunseling, memahami pertumbuhan jiwa dan perkembangan tabiat adalah amat perlu.

Upaya kasih sayang dan belaian yang dimiliki ibu seharusnya menjadi pemangkin terhadap pembinaan diri anak. Pada tahap ini, rasa ingin tahu anak adalah tinggi, naluri ingin dihargai dan disantuni segar dan mencontohi sesuatu terhadap yang lebih dewasa amat subur.

Mendekati anak dengan rangsangan positif adalah perlu. Pendedahan anak dengan rangsangan media cetak dan elektronik serta pengaruh rakan sebaya harus diimbangi dengan keupayaan ibu bapa memberikan pendekatan alternatif yang dapat membentuk jalan berfikir serta sikap yang betul supaya pendewasaan berada dalam pimpinan dan bimbingan yang terarah.

Asas binaan anak di rumah adalah amat penting bagi mengelakkan kekontangan jiwa dan kelompangan emosi berlaku. Anak yang sudah terbina asas potensinya bakal menjadi cemerlang dan menyumbang terhadap sekolah. Kurikulum pengajaran dan pembelajaran dinamik harus dibekalkan kepada mereka secara bersepadu supaya setiap subjek diajarkan terkandung asas nilai yang jelas.

Metodologi pengajaran dan pembelajaran sewajarnya merangsang minat anak untuk belajar supaya pemahamannya meningkat, upaya berfikirnya berkembang dan daya penyerapan nilai menjadi kuat. Oleh itu, sukatan ilmu harus mampu meraikan yang cerdik, sederhana dan lemah.

Pengajaran sains umpamanya, tidak hanya mendidik mereka mengenai 'apa' tetapi harus didekati dengan persoalan 'mengapa'. Air yang diciptakan secara saintifiknya menemukan hidrogen dan oksigen.

Menimbulkan persoalan 'mengapa' membimbing anak mengenai hikmah di sebalik diciptakan air. Tanpa air, kehidupan tidak akan berlaku. Hikmah di sebalik kewujudan air menyebabkan kehidupan berlaku, pohon tumbuh menghasilkan buah, ikan dan haiwan membiak untuk rezeki manusia.

Ia membangkitkan kesedaran mempelajari sains, mengenai keadaan kejadian mendekatkan pelajar dengan Pencipta. Begitu juga pengajaran geografi yang dulu dikenal sebagai ilmu alam. Memahami maksud alam tidak saja memberi fokus kepada alam tofografik dan fizikal. Amat penting dikaji mengenai alam angkasa yang ada kaitan dengan bumi dan alam ghaib.

Mengkaji faktor ghaibiyyat seperti Allah berkait rapat dengan alam nyata dan alam benda. Adanya yang nyata kerana wujudnya yang ghaib. Tubuh badan tidak akan bergerak, otak tidak akan berfikir, hati tidak akan berasa jika faktor ghaib iaitu roh tiada di dalam diri seseorang. Menghidupkan jasad yang nyata berpunca daripada roh yang menghasilkan hayat. Jasad tidak akan memberi makna apa-apa jika roh tercabut daripadanya.

Mendidik pelajar mengenai alam ghaib iaitu Pencipta, berkait dengan alam nyata dan benda sebagai limpah rahmah dan nikmat daripada-Nya. Menginsafi bahawa benda di dunia ini sebagai amanah Penciptanya iaitu Allah, maka pengurusan benda berlaku dengan adil bagi mewujudkan kesejahteraan.

Hal sama apabila pelajar diajar mengenai sejarah. Al-Quran menyatakan, banyak kisah manusia terdahulu dan jatuh bangunnya sesuatu tamadun. Ia bermaksud memberikan teladan kepada manusia kini dan masa depan bahawa sifat sejarah dan peristiwa yang berlaku resamnya berulang.

Sirah Rasulullah SAW memberikan manusia sempadan yang sifatnya jahiliah dan batasan yang dilandasi akidah. Memahami batasan itu, manusia harus mampu hidup, maju dan bertamadun berasaskan sempadan ini.

Ilmu yang diambil daripada tradisi Barat dan Timur adalah sesuatu yang boleh memberi manfaat. Ilmu yang tumbuh daripada sikap berfikir terhadap tamadun Islam harus mampu menemukan ilmu berbanding yang berguna dan sistem nilai jelas secara dinamik supaya faktor rohaniah menampilkan nilai amanah, jujur, adil, telus dan tulus dapat berperanan secara berkesan dalam membangun peribadi unggul Islami.

Ia menuntut penyelarasan pendidikan secara bersepadu bagi mencetuskan keinsafan bahawa di mana pun kita berperanan dan apa sektor pun kita berada, amanah pendidikan dan penyuburan nilai murni menjadi sesuatu yang penting.

Monday, January 21, 2008

diam



dia liat nak bangun sabtu lepas...

mama: hari ni kena bangun awal, affan nak gi smart reader...
affan: (dengan mata yang tak larat nak bukak) teacher kata cuti 2 hari.....
mama : (sian la pulak....) gi 2 jam jer nanti affan boleh sambung balik tido kat rumah embah.
affan: mama nak pegi mana?
mama: gi kelas ....affan tido rumah embah yer, esok mama ade test.
affan: ala, asyik kena duduk rumah embah jer....
mama: kalau mama balik lambat hari ni, mama tak ambik la affan....sebab esok mama nak kuar awal pegi kelas...
affan: nape mama gi kelas?..papa tak balik?
mama: (berkerut) hari sabtu ahad kan mama gi class...papa kan kerja...
affan: (berpeluk tubuh sambil mencebik) affan boring!
mama: napa lak boring...kecik2 dah pandai ckp boring...
affan: affan sorang jer..diam jer...tak bising2 pun...mama takde...papa takde...
mama: (confused....anak aku ni nak bagi dia sunyi ker?) sian nyer dia....nanti kat smart reader adela kawan...nanti mama ambik lambat sikit....affan leh main ngan kawan kat smart reader....
affan: mama, napa affan takde kawan kat rumah?
mama: (mak ai! pagi2 ko dah tanya soalan cam ni....) ni yang buat mama maleh nak pegi kelas ni....

yer la kot...dia sunyi takde sapa nak melayan...balik dah nak maghrib...lepas maghrib gi ngaji..balik ngaji....buat2 kerja..terus suruh tido...agaknyer routine dia buat dia rasa sunyi...ataupun aku yang .....atau ......

MEMANG "DIAM" PUN....

Tuesday, January 15, 2008

ANAK HILANG ....



bila dengar jer berita anak hilang...aku pun mcm hilang akal sekejap....tengok anak aku kat sebelah ni....seram sejuk aku dibuatnyer...

nampaknyer banyak perkara yang tak selamat kat sini.....tapi memang kita tak boleh lepa walaupun sekejap......we should continue to pray for sharlinie safe return.
budak 5 tahun tu....sebaya affan, jgnkan kata budak 5 tahun...remaja 15 tahun kita belum boleh bagi keluar seorang dengan kawan2 pegi bandar...lebih baik ditemani mak bapak....

knowing me...


3 places i love most:
rumah mak bangi
rumah sendiri
in my hubby arms

3 negative facts about me:
very naughty
malas lipat kain baju
makan & makan & makan

3 positive facts about me:
not too rajin and not so lazy
cepat kesian kat org lain
i would sacrifice everything for myhubby and my family

3 types of job i want to do instead of PA:
lecturer....
business woman
fulltime house wife (mcm takde wawasan kan???)

3 sweet memories i cant forget:
time nikah ....
time dpt results exam...
time deliver affan...

3 things about myhubby:
very patience with my kerenah
born to be "pilot"
he loves me very muchhh!!!( betul tak??

3 food we (me, hubby & affan) like most:
ferrero roche
hershey's
mata kucing....