Wednesday, December 3, 2008

Falsafah YOGA

Lets share ilmu ni. teks penuh kat sini (thanks to Berita Minggu)

aspek yoga yang bertentangan dengan Islam adalah kerana Yoga mempunyai kitab suci seperti Bhagavad Gita. sedangkan Islam berpegang kepada AlQuran. Dalam Islam, semua fenomena sosial tertakluk kepada hukum syariat agama Islam. Oleh itu, timbul hukum wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Seluruh kehidupan orang Islam 24 jam sehari semalam terikat dengan hukum itu. Hukum syarak melihat kemuliaan pada ketakwaan, istiqamah, beriman dan beramal.

Dalam agama Hindu, manusia pada mulanya bersatu dengan tuhan. Kemudian muncul eon (legenda), suatu benda yang menjauhkan sedikit demi sedikit manusia dari tuhan hingga mereka lupakan tuhan. Ini menyebabkan manusia perlu melawan nafsu hasil daripada eon itu. Yoga yang bermaksud 'yuj' adalah satu bentuk amalan kerohanian Hindu dan juga Buddha yang sebenarnya adalah serpihan daripada agama Hindu. Pengamal yoga yang dipanggil yogin berusaha membebaskan fikiran untuk mencapai samadhi atau bersatu dengan brahma. Ini adalah falsafah yoga, iaitu bersatu dengan brahma, perkara yang jelas bertentangan dengan Islam. Berdasarkan matlamat senaman yoga yang mahu bersatu dengan brahma, sebab itu adalah janggal jika ada bukan Hindu terikut-ikut, sedangkan ada banyak senaman lain."

yoga bertentangan dengan Islam kerana ada pelbagai jenis senaman asana yoga. Padmasana, iaitu melambangkan keheningan, kejernihan dan keyakinan diri. Dalam mitos kejadian brahma, dia dikatakan terbit dari bunga teratai yang keluar dari pusat vishnu. Yuga-Mudra pula adalah asana yang melambangkan sujud kepada tuhan yang jelas membabitkan perkara agama atau ketuhanan. Garudasana, iaitu nama burung khayalan berkepala rupa manusia tunggangan tuhan vishnu apabila naik ke langit. Vishnu biasanya digambarkan dengan bunga teratai. Contoh asana yang saya katakan ini menunjukkan wujud unsur agama Hindu-Budha, iaitu bunga teratai, asana sujud dan asana garuda.

Dalam agama Hindu, 'om' dikatakan kalimah kekuasaan maha suci. Yang terkandung segala nama tuhan dan mengandungi banyak rahsia terpendam. Cara menyebut kalimah ini hendaklah dikeluarkan daripada belakang kerongkong, dihembus ke mulut, keluar dari mulut dan selesai apabila bibir tertutup huruf 'm' yang terhenti dan dengungan bunyi suara berterusan. Ini membabitkan semua anggota yang mengeluarkan perkataan dan suara yang mengandungi banyak nama tuhan. Aum pula adalah mengandungi 'a' yang melambangkan kejadian terkandung dalam diri brahma, u melambangkan vishnu, tuhan pemelihara dan m ialah shiva yang melambangkan tuhan pembinasa. Brahma, vishnu dan shiva adalah satu dalam tiga dan digelar trimurthi atau tetiga. Bagaimanapun, ada banyak lagi tuhan atau dewa Hindu dan sukar dikira.

Hakikatnya arak tetap arak dan hukumnya haram, walaupun minum sedikit dan tidak mabuk. Begitu juga dengan yoga yang haram kerana mengamalkan ajaran Hindu. Walaupun diamalkan sedikit tetapi yoga tetap yoga.
Akidah Islam menolak intuition sebagai sumber pengetahuan kerana tidak meyakinkan dan tidak dapat dikongsi bersama. Intuition datang sekali-sekala ke dalam hati orang tertentu dan berbeza mengikut individu. Oleh itu, kita tidak boleh menjadikan intuition sebagai sumber ilmu untuk semua golongan. Dalam kes yoga, jika tiada intuition, maka tidak ada yoga. Apabila ada intuition, meditasi dilakukan hingga sampai ke tahap nirguna brahman, tahap yang tidak wujud perbezaan dan segala-galanya adalah satu. Jika sampai ke tahap itu, Hindu adalah agama falsafah. Tidak semua akal manusia boleh menguasai pemikiran.

"kita mesti tahu dan belajar ilmu yoga untuk dijadikan sempadan. Mengetahui ilmu yoga boleh dianggap sebagai fardu kifayah supaya kita tahu untuk dijadikan sempadan dan bukan untuk diamalkan."

0 comments: