Monday, December 17, 2007

FAMILY DAY @ PANGKOR




dah lama betul tak pegi berehat2, agak2 ade la jugak 4 tahun kot....yang ade balik ipoh...lepak2 kat rumah....kali ni pegi pangkor ikut family day "air force butterworth"...
sungguh bermakna sebab keta pulak rosak kat sg besi..daripada bertolak awal pagi sudah nyer bertolak lepas zohor...sampai2 kat lumut dah pukul 6ptg. naik feri pukul 7.45 malm sampai kat Pangkor Indah 8.45....dah penat.
mkn2...rehat...tengok tv..tido. bgn2 pagi ...main air puas2 kat laut...dah penat tido lagi....
bila fikir2kan rasa cam taknak la berjalan...penat!
tapi bila fikirkan kerja kat ofis...baik aku berjalan...cuti...rehat2....tapi larat ker duit nak tampung...

p.s: hubby, nanti bwk la gi bandung plak...shoping!

Wednesday, November 7, 2007

Al-Fatihah

Hari sabtu lepas Pakdir Sujak (pak long belah emak) meninggal kerana sakit jantung dan ade komplikasi2 yang lain.
aku yang datang melawat petang sabtu dah tak tertahan tengok keadaan arwah yang bergantung kat mesin, what to say????....Allah mengasihi hambaNya, arwah dibawa pulang dan meninggal di rumah.
Al-Fatihah dan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Thursday, November 1, 2007

CERITA RAYA


happy family, semua ipar duai & biras bergambar....tahun depan ade sorang lagi akan muncul....daniel mcm tak syok jer bergambar....alif jugak yang maintain..adik cik dah nampak kecik sikit sejak diet....aku nampak gemokla pulak...manakan tidak..naik ++kilo, yet affan la yang paling ceria raya tahun ni.


susah betul nak suruh affan bergambar dengan mama, asyik sgt tengokk apek....tapi aku tarik jer muka dia terus mintak hubby ambik gambar...


mcm dah penat jer muka aku tu.....match tak color baju kami bertiga?....


time mintak ampun dengan hubby....sambil berbisik "harap2 u kena tukar KL yer"...

Dah 5 kali raya, tahun ni masih beraya kat rumah mertua...affan yang pilih, dia kata "raya kat rumah nenek seronok"...iyerlah ramai nak layan dia pegi kedai CP, main bunge api, mercun pop....ataupun ini la masa bapak dia nak buat "liga kat ps2"....aku ok jer...(nampak macam berat hati tak?)
theme color utk raya ni hijau dengan coklat tapi aku punyer baju banyak pulak warna kuning dengan merah...takpelah match jugak dengan jejaka idaman aku ber2 tu....
selepas 5 kali beraya dpt jugak kumpulkan semua nak pegi bergambar kat kedai, lepas semua bersalam2 pagi tu...aku tetap emosi, kenapa ek? bila raya jer, time mintak maaf tu aku nangis .....affan kata "mama nangis? nape mama nangis?....."
dah pesan dengan hubby, tahun ni nak bergambar puas2....tapi affan tak serius nak bergambar........asyik main2 jer....
good things about raya tahun ni, hubby still bole cuti raya seminggu, cam mana tahun depan????
anyway, selamat hari raya, maaf zahir & batin.

Wednesday, October 10, 2007

kajian tentang bulan & sikap

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan


OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

SELAMAT HARI RAYA



kami sekeluarga mengucapkan "selamat hari raya aidilfitri & maaf zahir batin"

ikhlas,
airul ezri zulkefli
afiah imam supaat
affan airul ezri

Monday, September 17, 2007

SELAMAT HARI TENTERA


buat suami tercinta,
selamat hari tentera & selamat bertugas demi agama, bangsa & negara.
didoakan semoga di dalam lindungan Allah swt.

Thursday, September 13, 2007

Lelaki Ini - Anuar Zain

petang semalam, hubby sms..dia tujukan lagu ni kat aku...heheheehe, ni yang makin sayang ni.

Kasih, kenanganku
Ingatkah saat saat dulu
Kasih, apakah dirimu
Merasakan semua itu

Ke mana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki

Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubari ku
Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu…

Karena cintaku, tak berbatas waktu
Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu…