Tuesday, March 18, 2008

Quick Success Tips

dipetik dari TheStar

live with positive values
winners live by positive virtues. adhering to a strong code of values wil make your life productive and fulfilling. Know what's right and wrong. used these standards of behaviour everyday in you day business.

stay humble
not only is gratitude good for the soul, its perhaps the most vital lesson of success. no one gets very far without others to help.

learn to laugh
maintain a sense of humour. Humuor cleanses the spirit and lightness your burdens. Life shouldn't always be a serious traits.

Get to know yourself
Take some time to evaluate yourself. do an interest inventory or personality test and determine your aptitudes and abilities, strengths and weaknesses, interest areas, likes and dislikes, work environment preferences, stress factors and personality traits.

Tuesday, February 19, 2008

Ufuk Minda: Kerap bersoal 'mengapa' bimbing anak mengenal hikmah


dipetik dari tulisan Dr Sidek Baba, berita harian 19 Februari 2008


GENERASI muda memerlukan pendekatan bersepadu dalam membangun kecemerlangan ilmu dan watak. Zaman kritikal pembentukan kesantunan dan adab anak ialah daripada hari pertama lahirnya hingga akil baligh perlu didekati dengan bijaksana menerusi teladan.

Institusi keluarga adalah asas bagi membangunkan generasi. Ibu bapa sewajarnya mempunyai ilmu dan kemahiran asas bagaimana pendidikan harus berlaku pada masa kini. Ketrampilan komunikasi dan kaunseling, memahami pertumbuhan jiwa dan perkembangan tabiat adalah amat perlu.

Upaya kasih sayang dan belaian yang dimiliki ibu seharusnya menjadi pemangkin terhadap pembinaan diri anak. Pada tahap ini, rasa ingin tahu anak adalah tinggi, naluri ingin dihargai dan disantuni segar dan mencontohi sesuatu terhadap yang lebih dewasa amat subur.

Mendekati anak dengan rangsangan positif adalah perlu. Pendedahan anak dengan rangsangan media cetak dan elektronik serta pengaruh rakan sebaya harus diimbangi dengan keupayaan ibu bapa memberikan pendekatan alternatif yang dapat membentuk jalan berfikir serta sikap yang betul supaya pendewasaan berada dalam pimpinan dan bimbingan yang terarah.

Asas binaan anak di rumah adalah amat penting bagi mengelakkan kekontangan jiwa dan kelompangan emosi berlaku. Anak yang sudah terbina asas potensinya bakal menjadi cemerlang dan menyumbang terhadap sekolah. Kurikulum pengajaran dan pembelajaran dinamik harus dibekalkan kepada mereka secara bersepadu supaya setiap subjek diajarkan terkandung asas nilai yang jelas.

Metodologi pengajaran dan pembelajaran sewajarnya merangsang minat anak untuk belajar supaya pemahamannya meningkat, upaya berfikirnya berkembang dan daya penyerapan nilai menjadi kuat. Oleh itu, sukatan ilmu harus mampu meraikan yang cerdik, sederhana dan lemah.

Pengajaran sains umpamanya, tidak hanya mendidik mereka mengenai 'apa' tetapi harus didekati dengan persoalan 'mengapa'. Air yang diciptakan secara saintifiknya menemukan hidrogen dan oksigen.

Menimbulkan persoalan 'mengapa' membimbing anak mengenai hikmah di sebalik diciptakan air. Tanpa air, kehidupan tidak akan berlaku. Hikmah di sebalik kewujudan air menyebabkan kehidupan berlaku, pohon tumbuh menghasilkan buah, ikan dan haiwan membiak untuk rezeki manusia.

Ia membangkitkan kesedaran mempelajari sains, mengenai keadaan kejadian mendekatkan pelajar dengan Pencipta. Begitu juga pengajaran geografi yang dulu dikenal sebagai ilmu alam. Memahami maksud alam tidak saja memberi fokus kepada alam tofografik dan fizikal. Amat penting dikaji mengenai alam angkasa yang ada kaitan dengan bumi dan alam ghaib.

Mengkaji faktor ghaibiyyat seperti Allah berkait rapat dengan alam nyata dan alam benda. Adanya yang nyata kerana wujudnya yang ghaib. Tubuh badan tidak akan bergerak, otak tidak akan berfikir, hati tidak akan berasa jika faktor ghaib iaitu roh tiada di dalam diri seseorang. Menghidupkan jasad yang nyata berpunca daripada roh yang menghasilkan hayat. Jasad tidak akan memberi makna apa-apa jika roh tercabut daripadanya.

Mendidik pelajar mengenai alam ghaib iaitu Pencipta, berkait dengan alam nyata dan benda sebagai limpah rahmah dan nikmat daripada-Nya. Menginsafi bahawa benda di dunia ini sebagai amanah Penciptanya iaitu Allah, maka pengurusan benda berlaku dengan adil bagi mewujudkan kesejahteraan.

Hal sama apabila pelajar diajar mengenai sejarah. Al-Quran menyatakan, banyak kisah manusia terdahulu dan jatuh bangunnya sesuatu tamadun. Ia bermaksud memberikan teladan kepada manusia kini dan masa depan bahawa sifat sejarah dan peristiwa yang berlaku resamnya berulang.

Sirah Rasulullah SAW memberikan manusia sempadan yang sifatnya jahiliah dan batasan yang dilandasi akidah. Memahami batasan itu, manusia harus mampu hidup, maju dan bertamadun berasaskan sempadan ini.

Ilmu yang diambil daripada tradisi Barat dan Timur adalah sesuatu yang boleh memberi manfaat. Ilmu yang tumbuh daripada sikap berfikir terhadap tamadun Islam harus mampu menemukan ilmu berbanding yang berguna dan sistem nilai jelas secara dinamik supaya faktor rohaniah menampilkan nilai amanah, jujur, adil, telus dan tulus dapat berperanan secara berkesan dalam membangun peribadi unggul Islami.

Ia menuntut penyelarasan pendidikan secara bersepadu bagi mencetuskan keinsafan bahawa di mana pun kita berperanan dan apa sektor pun kita berada, amanah pendidikan dan penyuburan nilai murni menjadi sesuatu yang penting.

Monday, January 21, 2008

diam



dia liat nak bangun sabtu lepas...

mama: hari ni kena bangun awal, affan nak gi smart reader...
affan: (dengan mata yang tak larat nak bukak) teacher kata cuti 2 hari.....
mama : (sian la pulak....) gi 2 jam jer nanti affan boleh sambung balik tido kat rumah embah.
affan: mama nak pegi mana?
mama: gi kelas ....affan tido rumah embah yer, esok mama ade test.
affan: ala, asyik kena duduk rumah embah jer....
mama: kalau mama balik lambat hari ni, mama tak ambik la affan....sebab esok mama nak kuar awal pegi kelas...
affan: nape mama gi kelas?..papa tak balik?
mama: (berkerut) hari sabtu ahad kan mama gi class...papa kan kerja...
affan: (berpeluk tubuh sambil mencebik) affan boring!
mama: napa lak boring...kecik2 dah pandai ckp boring...
affan: affan sorang jer..diam jer...tak bising2 pun...mama takde...papa takde...
mama: (confused....anak aku ni nak bagi dia sunyi ker?) sian nyer dia....nanti kat smart reader adela kawan...nanti mama ambik lambat sikit....affan leh main ngan kawan kat smart reader....
affan: mama, napa affan takde kawan kat rumah?
mama: (mak ai! pagi2 ko dah tanya soalan cam ni....) ni yang buat mama maleh nak pegi kelas ni....

yer la kot...dia sunyi takde sapa nak melayan...balik dah nak maghrib...lepas maghrib gi ngaji..balik ngaji....buat2 kerja..terus suruh tido...agaknyer routine dia buat dia rasa sunyi...ataupun aku yang .....atau ......

MEMANG "DIAM" PUN....

Tuesday, January 15, 2008

ANAK HILANG ....



bila dengar jer berita anak hilang...aku pun mcm hilang akal sekejap....tengok anak aku kat sebelah ni....seram sejuk aku dibuatnyer...

nampaknyer banyak perkara yang tak selamat kat sini.....tapi memang kita tak boleh lepa walaupun sekejap......we should continue to pray for sharlinie safe return.
budak 5 tahun tu....sebaya affan, jgnkan kata budak 5 tahun...remaja 15 tahun kita belum boleh bagi keluar seorang dengan kawan2 pegi bandar...lebih baik ditemani mak bapak....

knowing me...


3 places i love most:
rumah mak bangi
rumah sendiri
in my hubby arms

3 negative facts about me:
very naughty
malas lipat kain baju
makan & makan & makan

3 positive facts about me:
not too rajin and not so lazy
cepat kesian kat org lain
i would sacrifice everything for myhubby and my family

3 types of job i want to do instead of PA:
lecturer....
business woman
fulltime house wife (mcm takde wawasan kan???)

3 sweet memories i cant forget:
time nikah ....
time dpt results exam...
time deliver affan...

3 things about myhubby:
very patience with my kerenah
born to be "pilot"
he loves me very muchhh!!!( betul tak??

3 food we (me, hubby & affan) like most:
ferrero roche
hershey's
mata kucing....

Monday, December 17, 2007

FAMILY DAY @ PANGKOR




dah lama betul tak pegi berehat2, agak2 ade la jugak 4 tahun kot....yang ade balik ipoh...lepak2 kat rumah....kali ni pegi pangkor ikut family day "air force butterworth"...
sungguh bermakna sebab keta pulak rosak kat sg besi..daripada bertolak awal pagi sudah nyer bertolak lepas zohor...sampai2 kat lumut dah pukul 6ptg. naik feri pukul 7.45 malm sampai kat Pangkor Indah 8.45....dah penat.
mkn2...rehat...tengok tv..tido. bgn2 pagi ...main air puas2 kat laut...dah penat tido lagi....
bila fikir2kan rasa cam taknak la berjalan...penat!
tapi bila fikirkan kerja kat ofis...baik aku berjalan...cuti...rehat2....tapi larat ker duit nak tampung...

p.s: hubby, nanti bwk la gi bandung plak...shoping!

Wednesday, November 7, 2007

Al-Fatihah

Hari sabtu lepas Pakdir Sujak (pak long belah emak) meninggal kerana sakit jantung dan ade komplikasi2 yang lain.
aku yang datang melawat petang sabtu dah tak tertahan tengok keadaan arwah yang bergantung kat mesin, what to say????....Allah mengasihi hambaNya, arwah dibawa pulang dan meninggal di rumah.
Al-Fatihah dan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.