Tuesday, September 30, 2008

SALAM AIDILFITRI


esok dah raya......affan dah asyik tanya bila nak pegi penang....nak buat cam mana, mama dia still kerja, sebab cuti tak banyak then nanti nak simpan gak cuti utk akhir tahun....manalah tau kot2 ade rezeki nak berjalan. this year nak raya kat butterworth since husband tak cuti raya ni, insyaallah balik ipoh jap jenguk mak & ayah mertua.....lepas tu kenala temankan hubby kat mes, sambil2 buat asignment yg berbaki.....yang paling best, hubby akan cuti lama lepas raya ni, dapatlah dia temankan isteri dia ni yg konon2nya yang study utk final exam lepas raya ni.....sambil melayan si affan.

cepat betul masa berlalu time puasa ni, tup tup dah 30 hari.......affan pulak siap kata "kena puasa lama2.....puasa ada lagi seminggu la mama"....hehhehehe, bagus gak kalo dia nak puasa raya nanti, leh temankan mama.....

malam tadi terbaca ni dlm harakah daily, so meh kita kongsi....
Bagi mengekalkan kelangsungan amal ibadat serta hubungan intim dengan Maha Pencipta, adalah disarankan agar saudara/saudari memastikan beberapa panduan di bawah ini:

1) Paling penting yang perlu anda lakukan sebelum yang lain, memohon pertolongan Allah SWT agar terus memberikan hidayat-Nya, menetapkan iman pada jalan agama-Nya serta memperkasa diri dengan ilmu pengetahuan agama.
2) Kekalkan amalan takwa yang digarap ketika melaksanakan ibadat puasa di bulan Ramadan walaupun menjangkau bulan Syawal sebagai bekalan setahun untuk Ramadan akan datang.
3) Perbanyakkan beramal dengan amalan-amalan sunat yang dilakukan pada bulan Ramadan untuk kelangsungan di bulan Syawal dan seterusnya seperti solat-solat sunat, puasa-puasa sunat, banyak berdoa.
4) Banyak bergaul dengan golongan para Solihin seperti majlis zikir, nasihat, kaunseling dan tazkirah.
5) Memperdalami maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai sejarah kehidupan para Anbiya’, Nabi Muhammad s.a.w., para sahabat, tokoh-tokoh sarjana Islam terkemuka dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan yang pernah melonjakkan Islam, sama ada melalui pembacaan, mendengar kuliah atau cakera padat, kaset agama dan sebagainya.
6) Memperbanyakkan mendengar kuliah-kuliah fardu ‘Ain di masjid atau surau secara langsung ataupun kaset dan cakera padat (sebagai bahan rujukan tambahan).
7) Memelihara tuntutan ibadat khusus seperti solat lima waktu, mengqada’ puasa yang tertinggal kerana sakit, musafir atau uzur syari’e, kerana ia amat dituntut untuk dilakukan segera.
8) Memelihara amalan-amalan sunat seperti puasa enam hari di bulan syawal, bersedekah, menziarahi sanak-saudara, jiran tetangga, sahabat-handai dan lain-lain.
9) Membaca al-Quran, bermula dengan menghafaz surah-surah pendek dan menghafaz ayat-ayat penting sebagai pendiding diri seperti ayat kursi, surah al-Mulk, Yasin dan lain-lain.
10) Memperbanyak zikir dan wirid, terutamanya zikir Ma’thurat susunan Imam Syahid Hasan al-Banna.
11) Menjauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh merosakkan hati, sama ada bergaul dengan golongan maksiat, menonton filem lucah, membaca majalah-majalah yang boleh melalaikan seperti hiburan dan lain-lain, mendengar muzik yang melalaikan dan banyak lagi.
12) Bertaubat lah kepada Allah SWT dengan kadar segera dengan menyesali apa yang telah dilakukan yang menyalahi hukum syarak dan berazam tidak akan mengulanginya pada masa-masa akan datang.
13) Berhenti dari merokok terutamanya jenama rokok milik Zionis Israel, Amerika dan Britain yang menghimpun dana bagi membeli senjata untuk membunuh saudara-saudara Islam di Palestin, Lubnan dan lain-lain.
14) Menyesali atas perbuatan menghadiri program-program maksiat seperti hiburan yang melalaikan atau sukan yang mengalang diri dari menunaikan solat lima waktu.
15) Gigih untuk meninggalkan segala tegahan dan larangan Allah serta Rasulullah s.a.w dan bersedia melakukan segala perintah dengan penuh rasa tanggungjawab dan pasrah kepada arahan kedua-duanya.
Janganlah jadi golongan yang hanya mengenali Allah SWT di bulan Ramadan semata-mata dengan amalan yang banyak, malah jadikanlah diri anda sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bertakwa sepanjang masa


ok...nak buat kerja lagi ni..krang tak siap plak.
buat keluarga, rakan2, jiran2 & sumer yg akan menyambut aidilfitri.

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN.
jemputlah datang rumah......


afiah imam supaat
airul ezri zulkefli
affan b. airul ezri

Wednesday, September 17, 2008

Debat Tudung Muslimah: Bidasan Terhadap Raja Petra Malaysia today



Last week ada terbaca satu artikel pasal debat tudung yang link dlm penarik beca, aku nak ulasan jugak tapi ilmu tak seberapa, pagi ni hubby fwdkan artikel yg ustaz zaharudin tulis pasal isu yg sama, eloklah kita baca utk tambah ilmu yang tak berapa cukup di dada...

komen & ulasan penuh UZAR boleh baca dlm website zaharuddin.net, version english & malay pun ada.


يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan wanita-wanita Mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu lebih baik, supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59)

jilbab is a dress (of similar width to ‘baju kurung') worn by women to cover their bodies. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi explained that when some women during the Jahiliah period left their houses, they loved to display some parts of their beauty such as the chest, neck and hair until they were being harassed by those wicked men who like to commit zina.

Friday, September 5, 2008

affan's birthday






22 ogos 2008

dah berminggu berlalu baru sempat nak entry brithday affan, dia mintak buat birthday party utk kawan2 dia, tapi alahai ....mama dia tak berapa rajin + busy ngan kerja, beli kek then potong ngan cousin2 dia..bila papa dia balik baru la gi mkn pizza.

kerana dialah permata hatiku....penglipur lara, teman bermanja sepanjang minggu. what else i can say, i'm really pround being your mom!...dia ckp ngan mama "affan selalu doakan mama dpt baby lagi"...

this is what i learn from pak ngah last 3 weeks, time class interpersonal comm.

Jika anak di besarkan dengan celaan, ia belajar memaki
Jika anak di besarkan dengan permusuhan, ia belajar berkelahi
Jika anak di besarkan dengan ketakutan, ia belajar gelisah
Jika anak di besarkan dengan penghinaan, ia belajar menyesali diri
Jika anak di besarkan dengan cemuhan, ia belajar rendah diri
Jika anak di besarkan dengan dorongan, ia belajar percaya diri
Jika anak di besarkan dengan toleransi, ia belajar menahan diri
Jika anak di besarkan dengan pujian, ia belajar menghargai
Jika anak di besarkan dengan penerimaan, ia belajar mencinta dirinya
Jika anak di besarkan dengan dukungan, ia belajar menenangi diri
Jika anak di besarkan dengan pengakuan, ia belajar mengenali tujuan
Jika anak di besarkan dengan rasa berbagi, ia belajar kedermawaan
Jika anak di besarkan dengan kejujuran & keterbukaan, ia belajar kebenaran dan keadilan
Jika anak di besarkan dengan rasa aman, ia belajar menaruh kepercayaan
Jika anak di besarkan dengan persahabatan, ia belajar menemukan cinta dalam kehidupan
Jika anak di besarkan dengan ketentraman, ia belajar berdamai dengan pikiran

Thursday, September 4, 2008

Embah


gambar dari nadiasuyat fotopages. thanks

ALFATIHAH


hari ni genap sebulan embah meninggal, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

teringat dengan embah, teringin juga rasanya bercerita.....embah kalau ikut pandangan aku ...cekal, kuat (bertubuh kecil pun, nampak tak larat pun still turun lagi kebun), selalu bagi perangsang, kalau dulu time kak dina dpt result SPM paling best dlm family...ayat embah kalau nak rangsang kitaorg "belajar seng apik2...biar koyo kak dina"..., skrg ni....kak dina still lagi the best dlm family...sebab lom ade lagi, adik beradik aku yang tengah buat PhD....selain kak dina.

Kalau datang rumah arwah embah malam2 sebab tak nak nyusahkan dia masak2 utk makan, dia still lagi nak buatkan air & sediakan makan.....time kitaorg dok tidur lagi...arwah embah dah siap menggoreng macam2 utk sarapan...naik malu dibuatnya, nak bangun lambat pun malu.

arwah sentiasa ambil berat hal sumer ahli keluarga...tak kira anak, cucu, cicit...sapa2 yg nak masuk asrama...masuk kolej..masuk universiti ker..kalau dia larat dia mesti hantar.....

skrang dah takde embah...ini lah satu2 embah yg aku ade sejak.......embah khadijah meninggal masa aku darjah 2.

affan pun sedih bila..dia kata dia takde embah yot 'tangga merah', yer la embah akan layan cicit2 dia....yg pasti hari2 raya atau time berkumpul kat rumah arwah pasti takkan sama lagi tanpa arwah.

ALFATIHAH.

Wednesday, September 3, 2008

RAMADHAN- A Month Full of Blessing & Rewards



dah petang2 ni teringat plak affan bertanya pagi2 tadi......."kenapa Allah tak ikat syaitan sampai bila2?.....dia asyik ganggu affan jer..."..
bila suruh ngaji sikit pagi tadi...affan kata "malasla" mama pulak kata "ngaji kejap jer, sementara nak pegi school" lalu dia berkata "teacher kata kita wajib ngaji, ngaji banyak masa puasa dpt pahal banyak, ok affan ngaji.."

dalam hati si ibu berkata "yg mama kata hari2 ngaji tu wajib, ngaji dapt pahala tu...takde pulak kamu ingat"


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu

Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu
Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya

semoga ramadhan kita tahun ini lebih baik dari ramadhan sebelum nya...amin

rindunya menulis ...

lama betul tak berblog..... Banyak perkara yg berlaku...tambah2 pulak busy dengan kerja, research & badan yang asyik benar tak berapa sihat...dah masuk 3 minggu batuk, demam kejap kebah...demam balik, syukurla Dr kata bukan demam denggi.... jari-jemari ni dah tak sabar2 nak mengetik keyboard...



Hari ni dah masuk puasa ke-3, saya mohon maaf atas sumer kesalahan, baik yang tidak disengaja maupun yang disengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmatiAllah S.W.T, Insyaallah.

alhamdulillah affan pun dah mula belajar puasa...tapi time dia sahur memang lari sikit dari time org besar sahur, syukurlah dia hendak bangun....makan kena bersuap,...sekurang2nya dia berselera jugak nak makan sahur. Affan tanya "kenapa kita kena puasa?, kenapa budak kecik macam affan pun kena puasa?....kenapa kita kena kumpul pahala?....kalau takde pahala tak leh masuk syurga yer?....

bila diberitahu pasal tahan lapar dan dahaga....kewajipan berpuasa..dan solat, affan kata "affan kecik lagi....affan selalu haus....."...mama kata affan kena sabar, Allah tengah uji iman kita dengan puasa"

smlm dia nak buka dengan aiskrim...hari ni dah demand KFC, "mak ai...lumpuhla mama kalau hari2 demand nak belanja jer" affan pun kata "affan kan budak kecik lagi..."

alahai budak kecik!