Wednesday, December 3, 2008

Falsafah YOGA

Lets share ilmu ni. teks penuh kat sini (thanks to Berita Minggu)

aspek yoga yang bertentangan dengan Islam adalah kerana Yoga mempunyai kitab suci seperti Bhagavad Gita. sedangkan Islam berpegang kepada AlQuran. Dalam Islam, semua fenomena sosial tertakluk kepada hukum syariat agama Islam. Oleh itu, timbul hukum wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Seluruh kehidupan orang Islam 24 jam sehari semalam terikat dengan hukum itu. Hukum syarak melihat kemuliaan pada ketakwaan, istiqamah, beriman dan beramal.

Dalam agama Hindu, manusia pada mulanya bersatu dengan tuhan. Kemudian muncul eon (legenda), suatu benda yang menjauhkan sedikit demi sedikit manusia dari tuhan hingga mereka lupakan tuhan. Ini menyebabkan manusia perlu melawan nafsu hasil daripada eon itu. Yoga yang bermaksud 'yuj' adalah satu bentuk amalan kerohanian Hindu dan juga Buddha yang sebenarnya adalah serpihan daripada agama Hindu. Pengamal yoga yang dipanggil yogin berusaha membebaskan fikiran untuk mencapai samadhi atau bersatu dengan brahma. Ini adalah falsafah yoga, iaitu bersatu dengan brahma, perkara yang jelas bertentangan dengan Islam. Berdasarkan matlamat senaman yoga yang mahu bersatu dengan brahma, sebab itu adalah janggal jika ada bukan Hindu terikut-ikut, sedangkan ada banyak senaman lain."

yoga bertentangan dengan Islam kerana ada pelbagai jenis senaman asana yoga. Padmasana, iaitu melambangkan keheningan, kejernihan dan keyakinan diri. Dalam mitos kejadian brahma, dia dikatakan terbit dari bunga teratai yang keluar dari pusat vishnu. Yuga-Mudra pula adalah asana yang melambangkan sujud kepada tuhan yang jelas membabitkan perkara agama atau ketuhanan. Garudasana, iaitu nama burung khayalan berkepala rupa manusia tunggangan tuhan vishnu apabila naik ke langit. Vishnu biasanya digambarkan dengan bunga teratai. Contoh asana yang saya katakan ini menunjukkan wujud unsur agama Hindu-Budha, iaitu bunga teratai, asana sujud dan asana garuda.

Dalam agama Hindu, 'om' dikatakan kalimah kekuasaan maha suci. Yang terkandung segala nama tuhan dan mengandungi banyak rahsia terpendam. Cara menyebut kalimah ini hendaklah dikeluarkan daripada belakang kerongkong, dihembus ke mulut, keluar dari mulut dan selesai apabila bibir tertutup huruf 'm' yang terhenti dan dengungan bunyi suara berterusan. Ini membabitkan semua anggota yang mengeluarkan perkataan dan suara yang mengandungi banyak nama tuhan. Aum pula adalah mengandungi 'a' yang melambangkan kejadian terkandung dalam diri brahma, u melambangkan vishnu, tuhan pemelihara dan m ialah shiva yang melambangkan tuhan pembinasa. Brahma, vishnu dan shiva adalah satu dalam tiga dan digelar trimurthi atau tetiga. Bagaimanapun, ada banyak lagi tuhan atau dewa Hindu dan sukar dikira.

Hakikatnya arak tetap arak dan hukumnya haram, walaupun minum sedikit dan tidak mabuk. Begitu juga dengan yoga yang haram kerana mengamalkan ajaran Hindu. Walaupun diamalkan sedikit tetapi yoga tetap yoga.
Akidah Islam menolak intuition sebagai sumber pengetahuan kerana tidak meyakinkan dan tidak dapat dikongsi bersama. Intuition datang sekali-sekala ke dalam hati orang tertentu dan berbeza mengikut individu. Oleh itu, kita tidak boleh menjadikan intuition sebagai sumber ilmu untuk semua golongan. Dalam kes yoga, jika tiada intuition, maka tidak ada yoga. Apabila ada intuition, meditasi dilakukan hingga sampai ke tahap nirguna brahman, tahap yang tidak wujud perbezaan dan segala-galanya adalah satu. Jika sampai ke tahap itu, Hindu adalah agama falsafah. Tidak semua akal manusia boleh menguasai pemikiran.

"kita mesti tahu dan belajar ilmu yoga untuk dijadikan sempadan. Mengetahui ilmu yoga boleh dianggap sebagai fardu kifayah supaya kita tahu untuk dijadikan sempadan dan bukan untuk diamalkan."

Thursday, November 27, 2008

"mama! affan dah tak hensem"


"mama!, affan dah tak hensem dah"
"napa plak?"
" affan kena cakar dengan umar"
"errmm, sapa yg mula dulu"
"affan"
"affan cakar dia?"
"tak, affan picit hidung dia jer"
"apa sebabnya dia cakar affan?"
"sebab rebut nasik tambah."
"lor...."
"sakit tak?"
"sakit, tapi affan tahan jer la...mama, affan salah ker?"
"mama tak nak kata sapa salah, tapi berebut tak elok ...... lagipun affan boleh mintak dengan teacher kan?"
"sorry mama."
"mama takut cakar kena mata affan"
"ok mama, affan tak buat lagi"

Tuesday, October 21, 2008

happy birthday emak affan

10 okt 2008. alhamdulillah, dipanjangkan umur, tahun ni yg ke-30, diraikan dengan suami & affan kat manhattan fish market....

semoga diberikan kesihatan yang baik, ditetapkan iman.....dan anak2 yg soleh & solehah.

cerita hari raya

hari raya tahun ni......beraya lagi kat ipoh, since husband kena stand by..so tak leh la nak raya jauh2 dari butterworth. affan pun dah pandai buat pilihan kat mana dia nak raya...."kita raya kat penang jer la mama". itu ayat anak rindukan bapak dia....maka sedihla cik nurul affan sebab mak affan beraya kat ipoh.

Kali ni mak affan pilih warna merah, papa affan & affan ikut jer (lagipun sure maleh nak layan mak affan punyer pujukan).... beraya kat ipoh sehari jer, pegi ziarah nenek & atuk, beraya kat kuala kangsar & terus pegi butterworth.

ramai yang tanya soalan cepu mas time raya ni, malas jer rasa nak jawab...tapi kitaorg dah standby jawapan....lom ade rezeki lagi. Orang lain masa raya kedua dok beraya lagi, kita ngan affan duduk rumah tengok tv....dah lapar baru keluar rumah cari sarapan then pegi standby sama2 ngan husband kat kem. Itulah kali pertama nya pegi tempat kerja suami kat butterworth ni.....warrrgghhh boring nyer.... apa lagi kitaorg pun sakan bergambar nak hilangkan boring. affan kata dia mcm pilot.....jadila nak bagi rasa pakai topi......bagi can la kat affan nak bermanja ngan papa time2 cuti ni.

raya ketiga kitaorg beraya kat bukit mertajam ziarah emak saudara dengan jalan2 kat penang. teringin nak makan kat nasik kandar line clear...masyaAllah! kena beratur panjang siap melintang depan kedai org lain.....uiiish..takdela nak tunggu baik beli kat kedai sebelah.

tapi yg bestnyer raya kali ni, hubby cuti lama....at least dpt gak kitaorg jumpa 16 hari dlm sebulan berbanding 4 hari sebulan mcm selalu..... hehehhehe, yg tak syoknyer time raya ni jugakla mak affan ni nak buat abiskan asignment yg berbaki....& study coz nak exam lepas raya...masa tulis blog ni...mak affan dah abis periksa dah..yahoooo!!!!...tapi alahai takutnyerla mengingatkan jawapan2ku itu.......



3 beranak di sisi nuri.




mcm first lady la pulak...perasan sungguh!



anyway, time raya...anak2la yg paling seronok. emak affan pun seronok jugak.

Tuesday, September 30, 2008

SALAM AIDILFITRI


esok dah raya......affan dah asyik tanya bila nak pegi penang....nak buat cam mana, mama dia still kerja, sebab cuti tak banyak then nanti nak simpan gak cuti utk akhir tahun....manalah tau kot2 ade rezeki nak berjalan. this year nak raya kat butterworth since husband tak cuti raya ni, insyaallah balik ipoh jap jenguk mak & ayah mertua.....lepas tu kenala temankan hubby kat mes, sambil2 buat asignment yg berbaki.....yang paling best, hubby akan cuti lama lepas raya ni, dapatlah dia temankan isteri dia ni yg konon2nya yang study utk final exam lepas raya ni.....sambil melayan si affan.

cepat betul masa berlalu time puasa ni, tup tup dah 30 hari.......affan pulak siap kata "kena puasa lama2.....puasa ada lagi seminggu la mama"....hehhehehe, bagus gak kalo dia nak puasa raya nanti, leh temankan mama.....

malam tadi terbaca ni dlm harakah daily, so meh kita kongsi....
Bagi mengekalkan kelangsungan amal ibadat serta hubungan intim dengan Maha Pencipta, adalah disarankan agar saudara/saudari memastikan beberapa panduan di bawah ini:

1) Paling penting yang perlu anda lakukan sebelum yang lain, memohon pertolongan Allah SWT agar terus memberikan hidayat-Nya, menetapkan iman pada jalan agama-Nya serta memperkasa diri dengan ilmu pengetahuan agama.
2) Kekalkan amalan takwa yang digarap ketika melaksanakan ibadat puasa di bulan Ramadan walaupun menjangkau bulan Syawal sebagai bekalan setahun untuk Ramadan akan datang.
3) Perbanyakkan beramal dengan amalan-amalan sunat yang dilakukan pada bulan Ramadan untuk kelangsungan di bulan Syawal dan seterusnya seperti solat-solat sunat, puasa-puasa sunat, banyak berdoa.
4) Banyak bergaul dengan golongan para Solihin seperti majlis zikir, nasihat, kaunseling dan tazkirah.
5) Memperdalami maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai sejarah kehidupan para Anbiya’, Nabi Muhammad s.a.w., para sahabat, tokoh-tokoh sarjana Islam terkemuka dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan yang pernah melonjakkan Islam, sama ada melalui pembacaan, mendengar kuliah atau cakera padat, kaset agama dan sebagainya.
6) Memperbanyakkan mendengar kuliah-kuliah fardu ‘Ain di masjid atau surau secara langsung ataupun kaset dan cakera padat (sebagai bahan rujukan tambahan).
7) Memelihara tuntutan ibadat khusus seperti solat lima waktu, mengqada’ puasa yang tertinggal kerana sakit, musafir atau uzur syari’e, kerana ia amat dituntut untuk dilakukan segera.
8) Memelihara amalan-amalan sunat seperti puasa enam hari di bulan syawal, bersedekah, menziarahi sanak-saudara, jiran tetangga, sahabat-handai dan lain-lain.
9) Membaca al-Quran, bermula dengan menghafaz surah-surah pendek dan menghafaz ayat-ayat penting sebagai pendiding diri seperti ayat kursi, surah al-Mulk, Yasin dan lain-lain.
10) Memperbanyak zikir dan wirid, terutamanya zikir Ma’thurat susunan Imam Syahid Hasan al-Banna.
11) Menjauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh merosakkan hati, sama ada bergaul dengan golongan maksiat, menonton filem lucah, membaca majalah-majalah yang boleh melalaikan seperti hiburan dan lain-lain, mendengar muzik yang melalaikan dan banyak lagi.
12) Bertaubat lah kepada Allah SWT dengan kadar segera dengan menyesali apa yang telah dilakukan yang menyalahi hukum syarak dan berazam tidak akan mengulanginya pada masa-masa akan datang.
13) Berhenti dari merokok terutamanya jenama rokok milik Zionis Israel, Amerika dan Britain yang menghimpun dana bagi membeli senjata untuk membunuh saudara-saudara Islam di Palestin, Lubnan dan lain-lain.
14) Menyesali atas perbuatan menghadiri program-program maksiat seperti hiburan yang melalaikan atau sukan yang mengalang diri dari menunaikan solat lima waktu.
15) Gigih untuk meninggalkan segala tegahan dan larangan Allah serta Rasulullah s.a.w dan bersedia melakukan segala perintah dengan penuh rasa tanggungjawab dan pasrah kepada arahan kedua-duanya.
Janganlah jadi golongan yang hanya mengenali Allah SWT di bulan Ramadan semata-mata dengan amalan yang banyak, malah jadikanlah diri anda sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bertakwa sepanjang masa


ok...nak buat kerja lagi ni..krang tak siap plak.
buat keluarga, rakan2, jiran2 & sumer yg akan menyambut aidilfitri.

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN.
jemputlah datang rumah......


afiah imam supaat
airul ezri zulkefli
affan b. airul ezri

Wednesday, September 17, 2008

Debat Tudung Muslimah: Bidasan Terhadap Raja Petra Malaysia today



Last week ada terbaca satu artikel pasal debat tudung yang link dlm penarik beca, aku nak ulasan jugak tapi ilmu tak seberapa, pagi ni hubby fwdkan artikel yg ustaz zaharudin tulis pasal isu yg sama, eloklah kita baca utk tambah ilmu yang tak berapa cukup di dada...

komen & ulasan penuh UZAR boleh baca dlm website zaharuddin.net, version english & malay pun ada.


يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan wanita-wanita Mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu lebih baik, supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59)

jilbab is a dress (of similar width to ‘baju kurung') worn by women to cover their bodies. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi explained that when some women during the Jahiliah period left their houses, they loved to display some parts of their beauty such as the chest, neck and hair until they were being harassed by those wicked men who like to commit zina.

Friday, September 5, 2008

affan's birthday






22 ogos 2008

dah berminggu berlalu baru sempat nak entry brithday affan, dia mintak buat birthday party utk kawan2 dia, tapi alahai ....mama dia tak berapa rajin + busy ngan kerja, beli kek then potong ngan cousin2 dia..bila papa dia balik baru la gi mkn pizza.

kerana dialah permata hatiku....penglipur lara, teman bermanja sepanjang minggu. what else i can say, i'm really pround being your mom!...dia ckp ngan mama "affan selalu doakan mama dpt baby lagi"...

this is what i learn from pak ngah last 3 weeks, time class interpersonal comm.

Jika anak di besarkan dengan celaan, ia belajar memaki
Jika anak di besarkan dengan permusuhan, ia belajar berkelahi
Jika anak di besarkan dengan ketakutan, ia belajar gelisah
Jika anak di besarkan dengan penghinaan, ia belajar menyesali diri
Jika anak di besarkan dengan cemuhan, ia belajar rendah diri
Jika anak di besarkan dengan dorongan, ia belajar percaya diri
Jika anak di besarkan dengan toleransi, ia belajar menahan diri
Jika anak di besarkan dengan pujian, ia belajar menghargai
Jika anak di besarkan dengan penerimaan, ia belajar mencinta dirinya
Jika anak di besarkan dengan dukungan, ia belajar menenangi diri
Jika anak di besarkan dengan pengakuan, ia belajar mengenali tujuan
Jika anak di besarkan dengan rasa berbagi, ia belajar kedermawaan
Jika anak di besarkan dengan kejujuran & keterbukaan, ia belajar kebenaran dan keadilan
Jika anak di besarkan dengan rasa aman, ia belajar menaruh kepercayaan
Jika anak di besarkan dengan persahabatan, ia belajar menemukan cinta dalam kehidupan
Jika anak di besarkan dengan ketentraman, ia belajar berdamai dengan pikiran